Key takeaways
Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan, menggesa orang ramai melaporkan aktiviti ajaran menyeleweng kepada JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri. Kerajaan memantau isu ini melalui jawatankuasa penyelarasan yang melibatkan pelbagai agensi bagi melindungi kesucian akidah.
- Jawatankuasa penyelarasan melibatkan JAKIM, PDRM, MCMC, KPM dan KPT untuk memantau ajaran yang menjejaskan akidah.
- Isu ini timbul selepas video tular memaparkan individu beragama Islam terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam.
- Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama negeri selaras dengan bidang kuasa dan undang-undang sedia ada.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Tumpat: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menggesa orang ramai khususnya umat Islam supaya memainkan peranan membendung penularan ajaran yang boleh menjejaskan kesucian akidah dengan segera melaporkan aktiviti mencurigakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau pihak berkuasa agama negeri.
Beliau berkata kerajaan mempunyai mekanisme pemantauan menerusi jawatankuasa penyelarasan pemantauan dan pengawalan ajaran yang berkaitan dengan kesucian akidah.
Beliau berkata jawatankuasa itu melibatkan JAKIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta kementerian berkaitan.