MELAKA: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Bukit Katil menyaksikan pertandingan empat penjuru selepas proses penamaan calon di Dewan Tun Ali, di sini ditutup secara rasmi jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi semua calon bertanding dibuat Pengurus Pilihan Raya Shaifulfazlee Mohamad tepat jam 10.44 pagi.

DUN Bukit Katil menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi, Adly Zahari, berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif.

Turut memberi saingan ialah calon Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Dr Aliza Che Amran dan calon Bebas, Abu Bakar Sabudin.