SEPANG: Pemburuan pelumba Aprilia Racing, Jorge Martin untuk bersaing merebut kejuaraan dunia MotoGP semakin terjejas selepas dia terpaksa menarik diri daripada Grand Prix (GP) Malaysia, hari ini.
Martin yang berlumba dengan pergelangan tangan retak tetap turun pada sesi latihan bebas kedua (FP2) pada sebelah pagi, namun jelas bergelut menahan kesakitan sebelum menamatkan sesi di tempat ke-21.
Pelumba Sepanyol itu ketinggalan hampir dua saat daripada catatan terpantas pelumba Red Bull KTM Tech3, Enea Bastianini yang merekodkan masa 1:58.516 saat.
Juara dunia 2024 itu sebelum ini hanya sempat mengambil bahagian untuk tempoh singkat dalam sesi latihan petang semalam susulan kecederaan yang dialaminya.








