BATU KAWAN: Kerajaan Pulau Pinang berharap, Program Mempelai Emas yang julung kali menyediakan sokongan kewangan sebanyak RM500 seperti diumumkan menerusi Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2027 dapat menggalakkan rakyat negeri ini mendirikan rumah tangga.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata inisiatif secara sekali beri diperkenalkan bermula tahun depan itu turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membina keluarga susulan penurunan kadar kelahiran di Pulau Pinang.
Beliau berkata, semakan kadar pendaftaran perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membabitkan penduduk Pulau Pinang ketika ini turut merekodkan angka yang agak rendah.
Justeru, beliau berharap inisiatif itu dapat membantu mengembangkan populasi penduduk pada tahap lebih baik.









