SEPANG – Pelumba pasukan Aprilia, Jorge Martin sah menarik diri daripada meneruskan aksi pada Grand Prix (GP) Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akibat kecederaan pergelangan tangan dialami.

Bekas juara dunia itu cuba melakukan tunggangan pada sesi latihan bebas hari ini, namun dia dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik sehingga berada di kedudukan ke-21.

Keputusan untuk menarik diri menyaksikan misi Martin bagi memburu takhta kejuaraan musim ini seolah-olah sudah berakhir kerana ketinggalan 10 mata dengan pendahulu dari Ducati, Marc Marquez.

“Jorge Martin akan menarik diri daripada baki saingan GP Malaysia bagi meneruskan proses pemulihan kecederaan,” kata Aprilia menerusi satu kenyataan ringkas.