Kuala Lumpur : Bekas peserta Akademi Fantasia 4, Dr Diddy Hirdy memaklumkan kini sebati dengan jawatan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Diddy atau nama sebenar Syamsul Hirdi Muhid, 41, berkata, dia memulakan kerjayanya di UUM sebagai Pensyarah Kanan pada 2021 sebelum dilantik kepada jawatan sekarang.

"Saya tinggal di Changlun, Kedah tahun 2021 setelah pulang belajar dari United Kingdom (UK). Sebenarnya sejak 2014 saya dah berhijrah ke Changlun, duduk tiga bulan di sini.

"Kemudian saya sambung Master (Ijazah Sarjana) dan PhD (Doktor Falsafah) di Liverpool, UK. Balik daripada UK terus ke Changlun 2021 sampai sekarang. Saya dah rasa selesa dengan kehidupan di desa, pekan kecil ini.