Kyiv: Oleksandr Usyk merancang kembali ke kategori cruiserweight pada 2027 dalam usaha memburu gelaran juara dunia sekali lagi.

Pengurusnya, Serhii Lapin berkata, petinju Ukraine itu berhasrat merebut gelaran Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) yang masih kosong sebelum berdepan petinju Amerika Syarikat, David Benavidez.

Menurut Lapin, Usyk melihat 2027 sebagai episod terakhir dalam karier tinjunya dan mahu menamatkan perjalanan itu dengan satu lagi pencapaian besar.

"Perancangan Oleksandr adalah kembali ke divisyen berkenaan pada 2027 dan sekali lagi bergelar juara dunia.