Masjid Tanah: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pelaksanaan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang dimeterai di peringkat Persekutuan baru-baru ini.

Ahmad Zahid yang menyokong inisiatif itu turut berpandangan perjanjian berkenaan perlu diperluas kepada parti lain.

"Ini satu perkembangan yang baik dan kita menyokongnya, sebaik-baiknya CSA ini dilanjutkan kepada parti lain.

"Tidak kira sama ada di pihak sebelah kerajaan atau sebaliknya kerana mungkin ini adalah hak mereka untuk menyantuni dan menangani permasalahan rakyat," katanya ketika diminta mengulas mengenai CSA yang dimeterai baru-baru ini.