MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan, 79 calon mewakili pelbagai parti dan gabungan politik serta calon Bebas layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, pada 14 November ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata Pakatan Harapan (PH) bertanding 24 kerusi; diikuti Barisan Nasional (BN) 23; Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) 16 dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tujuh kerusi.

Beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) pula bertanding di lima kerusi, Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PUTRA) satu kerusi, manakala tiga individu bertanding sebagai calon Bebas.

"Bagi bilangan pertandingan mengikut penjuru, pertandingan satu lawan satu melibatkan 11 kerusi, tiga penjuru 11 kerusi dan empat penjuru enam kerusi.