PARIS: Penduduk bimbang keganasan jalanan baharu di serata Perancis ketika protes memasuki hujung minggu ketiga akan bertambah besar lagi teruk kesannya.
Kedai dan premis perniagaan di Paris serta beberapa bandar lain di Perancis sudah mula memasang papan penghadang pada tingkap masing-masing sejak Jumaat lalu.
Kebimbangan itu memuncak apabila demonstrasi kali ini berlangsung serentak dengan sambutan Halloween, yang dikhuatiri meningkatkan risiko kekacauan susulan kebiasaan orang ramai memakai topeng bagi menyembunyikan wajah.
Oleh itu, pihak berkuasa memberi amaran bahawa pemakaian topeng yang menutup wajah tidak dibenarkan sepanjang demonstrasi yang berlangsung dalam suasana politik semakin tegang.








