JOHOR BAHRU – Perselisihan faham berkaitan pinjaman wang bertukar ganas apabila seorang lelaki patah kaki kanan selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta dalam pergaduhan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai, di sini semalam.
Insiden yang melibatkan beberapa individu itu turut tular di media sosial selepas rakaman kejadian dimuat naik oleh orang awam di Facebook.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.38 petang, 30 Oktober lalu.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu pinjaman wang antara kedua-dua pihak yang saling mengenali.










