Tular sejak semalam video seorang lelaki yang patah kaki dilanggar sebuah kereta. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kejadian tular sebuah kereta melanggar seorang lelaki yang patah kaki dipercayai berlaku disebabkan isu pinjaman, kata polis.

Ketua Polis Iskandar Puteri Ramlan Radin Taha, berkata perselisihan faham antara dua pihak saling mengenali itu menjurus pergaduhan fizikal dengan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

Katanya, tiga individu terdiri seorang lelaki dan dua wanita berusia 34 hingga 53 tahun ditahan selepas laporan dibuat semalam dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai.

"Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami patah kaki kanan susulan insiden melibatkan sebuah kereta yang dipandu seorang individu terlibat.