MELAKA: Suasana meriah menyelubungi pusat penamaan calon kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong apabila penyandangnya, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, tiba kira-kira pukul 8.35 pagi ini.

Penyokong Mohd Noor Helmy yang mesra disapa sebagai 'YB Duyong', mula berkumpul di sekitar Dewan Kompleks JAPERUN Duyong seawal pukul 8 pagi.

Antara yang hadir memberi sokongan kepada Helmy ketika penamaan hari ini adalah dua figura yang cukup dikenali di Duyong iaitu 'Uncle Wong' dan 'Dak Nor'.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi Mohd Noor Helmy.