KUALA LUMPUR: Masa semakin suntuk untuk beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri menutup musim ini dengan kejayaan, namun beliau menyimpan harapan untuk sekurang-kurangnya meraih satu gelaran sebelum tirai 2026 dilabuhkan.

Hasrat itu hadir ketika Haikal bersedia membuka lembaran baharu bersama Wan Arif Wan Junaidi selepas kedua-duanya bakal kembali bergandingan dalam tiga kejohanan di India bulan depan, sekali gus memberi peluang buat pasangan yang pernah mencipta keserasian sejak zaman remaja itu menghidupkan semula cabaran mereka.

Haikal mengakui jumlah kejohanan yang semakin berkurangan membuatkannya mahu memanfaatkan sebaik mungkin peluang berkenaan, bukan sahaja untuk memburu kejuaraan, malah mengembalikan keyakinan diri yang terjejas selepas melalui tempoh sukar akibat kecederaan dan pertukaran pasangan.