KOTA BHARU: Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak campur tangan berhubung keputusan mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dalam kontrak peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, sebaliknya berkata perkara itu adalah urusan pentadbiran kementerian berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya hanya berperanan memberi pandangan dari segi undang-undang.
"Bagaimanapun setakat ini kita belum memberi pandangan rasmi kepada pihak berkaitan kerana kes berkenaan belum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.









