MASJID TANAH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terus kekal menerajui Melaka sebagai Ketua Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke 16.

Pengerusi BN itu berkata, cadangan dibuat tanpa mendahului kuasa Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam urusan pelantikan ketua menteri.

Beliau berkata, BN menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan mandat pada PRN kali ini dan berharap sokongan pengundi membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri secara sendiri.

"Kita serahkan mandat ini semula kepada rakyat. Rakyat sudah meletakkan di hati dan minda mereka untuk bersama-sama kita.