MELAKA – Pusat penamaan calon kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong di Dewan Kompleks Japerun Duyong di sini meriah dengan kehadiran penyokong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang mula berkumpul seawal pukul 8 pagi.

Mohd. Noor Helmy, 45, yang merupakan penyandang DUN tersebut tiba di dewan berkenaan kira-kira pukul 8.35 pagi.

Antara individu yang hadir memberi sokongan kepada Mohd. Noor Helmy atau mesra dipanggil ‘YB Duyong’ yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) adalah dua figura yang cukup dikenali iaitu ‘Uncle Wong’ dan ‘Dak Nor’.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi Mohd. Noor Helmy.