ALOR GAJAH: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 membabitkan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri berlangsung lancar, aman dan terkawal tanpa sebarang insiden provokasi atau kekecohan dilaporkan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata keadaan itu mencerminkan kerjasama baik semua pihak, khususnya penyokong parti politik yang mengawal tingkah laku masing-masing sepanjang proses penamaan calon berlangsung.
"Setakat sekarang, keseluruhan 28 kerusi DUN di seluruh Melaka dalam keadaan terkawal dan aman.
"Tidak ada sebarang kacau ganggu dan tidak ada sebarang provokasi yang berlaku di seluruh pusat penamaan calon.









