BAGAN DATUK: Isu ketidakpuasan hati MCA berhubung pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 akan dibincangkan dan diselesaikan secara bersama sebelum hari penamaan 31 Oktober ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah bertemu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum majlis pengumuman calon berlangsung dan memahami kekeliruan yang timbul berikutan ketiadaan pemakluman awal daripada pihak sekretariat.
“Saya (berjumpa) dengan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum majlis itu dan benar, beliau pun terkejut kerana tidak dimaklumkan oleh sekretariat mengenai pengumuman calon itu.










