PETALING JAYA: Serangan ke atas sebuah rumah ibadat iaitu Gereja Ortodoks Yunani St. George di Jordan merupakan pencabulan besar terhadap kesucian tapak keagamaan dan tindakan ekstremisme yang tidak mempunyai tempat dalam mana-mana masyarakat.
Wisma Putra berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang disengajakan tersebut.
Katanya, Malaysia menegaskan komitmen teguhnya bersama-sama Jordan untuk menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi tanpa mengira motif atau justifikasi.
“Malaysia turut mengulangi komitmennya bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang erat dan lama terjal










