KUALA LUMPUR: Dikenali dengan keupayaan vokal yang mantap, cabaran seterusnya buat penyanyi Ernie Zakri bukan lagi sekadar menyanyi dengan nada lebih tinggi, lantang atau mengagumkan.

Sebaliknya, bagi penyanyi berkaliber, cabaran sebenar mungkin terletak pada usaha menyelami emosi dengan lebih mendalam.

Itulah ruang kreatif yang diterokainya menerusi ATMA, album terbaharu yang mengajak pendengar menyelami pelbagai lapisan perasaan termasuk cinta, kerinduan, kemarahan, kekecewaan dan akhirnya penerimaan.

Dilancarkan baru-baru ini, album mengandungi tujuh lagu itu menandakan lembaran baharu dalam perjalanan seni penyanyi berusia 34 tahun berkenaan, selepas album terdahulu, AURA, mengetengahkan perjalanan muzik lebih menyeluruh.