PETALING JAYA – Dakwaan seorang individu bahawa terdapat air najis babi mengalir ke Sungai Bukit Lagong, Batu Caves sehingga orang ramai diminta tidak mandi di kawasan itu mengundang perhatian.
Menerusi hantaran pengguna itu yang dikenali sebagai Pilotvvip, dia mendakwa terdapat aktiviti penternakan babi di kawasan hulu sungai berkenaan sehingga menyebabkan air najis haiwan itu mengalir ke sungai.
Lebih mengejutkan, lelaki itu turut mendakwa penduduk setempat sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan, namun tiada tindakan diambil.
“Jangan mandi sungai Bukit Lagong, ada orang bela babi kat atas, air najis babi masuk sungai. Penduduk setempat dah ‘report’, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tak ambil tindakan, macam pegawai pun dah kena makan rasuah!,” katanya.









