MELAKA – Barisan Nasional (BN) akan terus memberi mandat kepada Datuk Seri Dr. Ab. Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, cadangan untuk memberi amanah kepada Ab Rauf meneruskan tanggungjawabnya itu juga tertakluk kepada bidang kuasa Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
“Kita tidak mendahului kuasa-kuasa yang ada pada Yang Dipertua Negeri Melaka, tetapi saya sebagai Pengerusi BN akan mencadangkan nama Ab. Rauf untuk meneruskan khidmat beliau di Melaka.
“Bagaimanapun terlebih dahulu, kita serahkan mandat ini semula kepada rakyat Melaka. Saya harap (sokongan) mereka benar-benar akan dapat diterjemahkan sehingga kita dapat membentuk kerajaan negeri bersama-sama dengan rakan strategik kita,” katanya.









