HANG TUAH JAYA - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan seorang calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Katil, Shaifulfazlee Mohamad di Pusat Penamaan Calon, Dewan Tun Ali MBMB, di sini pada Sabtu.PH mempertaruhkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Adly Zahari, 55, yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan Timbalan Menteri Pertahanan.Adly yang mempertahankan kerusi Bukit Katil sejak 2018 bakal dicabar calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, 42, yang mewakili Pas.Ridzuan merupakan Pegawai Kesihatan Persekitaran selain memegang jawatan Bendahari Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Malaysia.Turut menyertai persaingan ialah calon Bersama, Dr Aliza Che Amran, 46, bekas pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputSeorang lagi calon yang bertanding ialah calon Bebas, Abu Bakar Sabudin, 65, yang juga seorang kontraktor berasal dari Bukit Katil.DUN Bukit Katil mempunyai seramai 35,359 pemilih berdaftar yang bakal menentukan wakil rakyat bagi kawasan berkenaan pada PRN kali ini.Pada PRN Melaka 2021, Adly berjaya mempertahankan kerusi itu selepas memperoleh 6,805 undi dengan majoriti 1,057 undi.Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Hasnoor Sidang Husin yang memperoleh 5,748 undi, calon PN, Muhammad Al Afiz Yahya (3,715 undi) dan calon Bebas, Abdul Hamid Mustapah (109 undi).Keputusan tersebut menyaksikan Adly mengekalkan penguasaan di Bukit Katil dalam persaingan empat penjuru ketika itu.
PRN Melaka: Adly Zahari dicabar tiga pencabar baharu di Bukit Katil

Key takeaways
Kerusi DUN Bukit Katil dalam PRN Melaka menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon PH, PN, Bersama dan Bebas. Adly Zahari mempertahankan kerusi tersebut menentang tiga pencabar baharu yang diumumkan pada Sabtu.
- Adly Zahari daripada PH mempertahankan kerusi DUN Bukit Katil yang dimenangi sejak 2018.
- Calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, merupakan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Bendahari Pemuda Pas.
- Dr Aliza Che Amran daripada Parti Bersama menyertai persaingan sebagai bekas pensyarah UTeM.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: Adly Zahari dicabar tiga pencabar baharu di Bukit Katil (this story)
- Utusan Malaysia Adly Zahari dicabar tiga calon lain di Bukit Katil








