PELUMBA Gresini Racing MotoGP Alex Marquez muncul pelumba terpantas Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Sabtu.Pada sesi Kelayakan 2, pelumba Sepanyol itu mencatat masa 1 minit 56.493 saat (s) untuk menempah petak utama, meninggalkan abangnya, pelumba Ducati Lenovo Team, Marc Marquez di tempat kedua dengan catatan 1:56.563s.Seorang lagi pelumba Sepanyol beraksi untuk Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta bakal memulakan perlumbaan di petak ketiga selepas merekodkan masa 1:56.577s.Sementara itu, hasrat untuk melihat pelumba Aprilia Racing Jorge Martin menghangatkan saingan MotoGP Malaysia 2026 tidak kesampaian selepas pelumba itu disahkan menarik diri daripada saingan.Martin yang dibelenggu kecederaan retak pergelangan tangan sebelum ini turun beraksi pada sesi latihan bebas dua (FP2) pada sebelah pagi, namun bergelut menamatkan sesi di kedudukan ke-21.Juara dunia 2024 itu ketinggalan hampir dua saat daripada catatan terpantas pelumba Red Bull KTM Tech3, Enea Bastianini yang merekodkan catatan 1:58.516s.Menurut kenyataan Aprilia, pelumba itu akan meneruskan proses pemulihan.Martin yang mengalami keretakan pergelangan tangan kanan selepas terjatuh ketika bersaing dengan pencabar kejuaraan Marc Marquez dalam perlumbaan Sprint di Phillip Island, Sabtu lepas, disahkan cergas untuk menyertai sesi latihan semalam.Marquez kini mendahului carta kejuaraan dengan 365 mata, hanya 10 mata di depan Martin yang mengumpul 355 mata, manakala Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) berada di kedudukan ketiga dengan 315 mata.-Bernama
Alex Marquez sambar petak pertama MotoGP Malaysia

Key takeaways
Alex Marquez memegang petak utama MotoGP Malaysia 2026 dengan masa 1:56.493, mengungguli saudara Marc Marquez. Pedro Acosta dan Enea Bastianini juga menduduki posisi ketiga dan ketujuh. Jorge Martin tidak dapat berlumba kerana kecederaan.
- Alex Marquez memegang petak utama dengan masa 1:56.493, menempuh Marc Marquez di tempat kedua.
- Pedro Acosta memulakan perlumbaan di petak ketiga dengan masa 1:56.577.
- Jorge Martin tidak dapat berlumba kerana retak pergelangan tangan dan penarikan diri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Marc Marquez raih petak utama MotoGP Australia
- Free Malaysia Today Marc Marquez beats brother Alex to Australian MotoGP pole
- Berita Harian Alex Marquez pintas abang rebut petak utama
- Sinar Harian Alex Marquez sambar petak pertama MotoGP Malaysia (this story)
- Free Malaysia Today Alex Marquez secures pole position for tomorrow’s MotoGP in Sepang








