SHAH ALAM - Tempoh pegangan pasport bakal jemaah haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dikurangkan daripada 103 hari kepada 56 hari menerusi projek rintis yang dilaksanakan pada musim haji lalu.Penambahbaikan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi pengurusan pasport jemaah haji yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai Musim Haji 1448H/2027M, dengan sasaran menghapuskan tempoh pegangan pasport oleh TH sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci.Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, pelaksanaan proses baharu itu membolehkan bakal jemaah haji mempunyai lebih fleksibiliti untuk menguruskan urusan peribadi dan pekerjaan sepanjang tempoh persediaan menunaikan ibadah berkenaan.Menurutnya, menerusi pelaksanaan penuh inisiatif itu, tempoh pegangan pasport oleh TH sebelum hari berlepas akan dikurangkan kepada sifar hari."Sebelum ini tempoh pegangan pasport bakal haji oleh TH adalah sehingga 103 hari, menerusi projek rintis yang dilaksanakan pada musim haji yang lalu, tempoh tersebut berjaya dikurangkan kepada 56 hari."Pelaksanaan penuh pada Musim Haji 1448H/2027M akan menjadikan tempoh pegangan pasport oleh TH sebelum hari berlepas kepada sifar hari," katanya susulan kejayaan TH meraih Anugerah Platinum menerusi inisiatif Proses Pengurusan Pasport Jemaah Haji Malaysia sempena Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) baru-baru ini.Menerusi proses baharu itu, pasport hanya perlu diserahkan untuk tujuan pengesahan dan urusan pelepasan pada hari jemaah berlepas ke Tanah Suci.Penambahbaikan berkenaan turut mengurangkan titik sentuh pengendalian pasport daripada lima kepada dua, sekali gus meminimumkan pengendalian fizikal serta proses semakan berulang.Mustakim berkata, penggunaan kaedah pengesahan biodata pasport secara digital dan pengurusan visa elektronik turut mengurangkan keperluan bakal jemaah melakukan perjalanan tambahan bagi menyerahkan serta mengambil semula pasport.Dalam perkembangan sama, TH merupakan antara 52 penerima Anugerah Platinum daripada keseluruhan 159 projek yang dibentangkan pada persidangan berkenaan.TH juga merupakan satu daripada enam agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menyertai persidangan itu.Persidangan yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober lalu di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam menghimpunkan wakil daripada 28 kementerian dan 14 kerajaan negeri termasuk agensi serta pihak berkuasa tempatan.
Tempoh pegangan pasport jemaah haji dikurangkan kepada 56 hari - TH

Key takeaways
Tempoh pegangan pasport jemaah haji oleh Lembaga Tabung Haji dikurangkan daripada 103 hari kepada 56 hari melalui projek rintis, dan dijangka akan menjadi sifar hari pada Musim Haji 1448H/2027M.
- Projek rintis musim haji lalu berjaya memendekkan tempoh pegangan pasport kepada 56 hari.
- Pengurusan pasport akan dipermudahkan sehingga jemaah hanya perlu menyerahkan pasport pada hari berlepas.
- TH meraih Anugerah Platinum atas inisiatif proses pengurusan pasport.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tempoh pegangan pasport jemaah haji dikurangkan kepada 56 hari - TH (this story)
- Utusan Malaysia TH raih anugerah platinum pengurusan pasport jemaah haji









