Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Bersatu tidak perlu berusaha membubarkan Perikatan Nasional atau berterusan melancarkan serangan terhadap gabungan. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Bersatu sepatutnya menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) secara terhormat, bukannya terus bertindak melemahkan gabungan itu dari dalam, kata Timbalan Pengerusi, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau membidas Bersatu yang didakwanya cuba merobohkan PN menerusi pelbagai serangan dan aduan rasmi, namun pada masa sama berpura-pura sedih apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) membatalkan pendaftaran gabungan itu.
"Bersatu tidak perlu berusaha membubarkan PN atau berterusan melancarkan serangan terhadap gabungan ini.








