ALOR GAJAH: Lebih 125,000 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara kini mula menguasai hafazan ayat suci al-Quran menerusi inisiatif program Pra-Tahfiz yang diperkenalkan jabatan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif yang memberi tumpuan kepada hafazan ayat al-Quran dalam juzuk ke-30 serta surah lazim lain itu menjadi platform terbaik untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi akademik dan kerohanian.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memastikan generasi muda bukan sahaja mengejar kemajuan duniawi, malah berpegang teguh kepada tuntutan ukhrawi seawal usia kanak-kanak.

“Kita mahu memperimbangkan antara soal duniawi dengan ukhrawi, soal dunia dan akhirat. Biar ibadah ki