KUALA LUMPUR: Hampir 300,000 orang menyertai pelbagai program anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sepanjang Oktober ini bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai sistem percukaian negara.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, sebanyak 251 program Jelajah Literasi HASiL dilaksanakan di seluruh negara bagi mendekati masyarakat dan memberi penjelasan berhubung isu percukaian.

Katanya, program sempena Bulan HASiL 2026 turut memberi peluang kepada masyarakat menyampaikan pandangan mengenai perkhidmatan percukaian yang disediakan pihaknya.

“Sepanjang tempoh satu bulan ini, kita telah menjalankan beberapa aktiviti termasuk Jelajah