KUALA LUMPUR: Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat mengenai individu atau syarikat yang disyaki tidak melaporkan cukai dengan betul menerusi platform e-Pelarian Cukai bagi membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesan ketidakpatuhan percukaian.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, setiap maklumat yang diterima akan dirahsiakan bagi melindungi identiti pemberi maklumat.

Katanya, kerjasama masyarakat penting bagi membantu pihaknya mengenal pasti pihak yang cuba mengelak tanggungjawab membayar cukai atau tidak mengisytiharkan pendapatan dengan tepat.

“Kita menggalakkan masyarakat yang mempunyai maklumat berhubung mana-mana individu atau syarikat yang mungkin tidak melaporkan cukai dengan betul supaya memaklumkannya kepada HASiL menerusi platform e-Pelarian Cukai yang