IPOH: Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk yang tular susulan dakwaan gangguan seksual terhadap pelajar, tampil membuat laporan polis susulan video tular berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata lelaki berusia 56 tahun itu membuat laporan Ahad lalu, sehari selepas laporan polis dibuat keluarga mangsa pada 24 Oktober.
Katanya, lelaki itu membuat laporan kerana tidak puas hati video tular yang memaparkan dia diserang oleh keluarga pelajar Tingkatan Tiga itu, selain oleh keluarga mangsa.
Susulan itu, Mohd Alwi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kecederaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kerana penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian.








