Kuala Lumpur: Pihak berkuasa wajib mempercepatkan siasatan dan mendedahkan maklumat berkaitan kepada orang awam, termasuk nama syarikat mengendalikan pusat pemprosesan ayam yang diserbu di Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, berkata tindakan itu penting memandangkan ia adalah kepentingan pengguna khususnya umat Islam.

"Saya masih menunggu pihak berkuasa mendedahkan nama syarikat yang mengendalikan pusat pemprosesan ayam yang diserbu di Puchong.

"Ayam dipercayai diproses dengan merendam ayam hidup ke dalam air panas sehingga mati sebelum disembelih," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini.