Hang Tuah Jaya: Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Ia membabitkan calon BN iaitu Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berdepan lawannya, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Muhammad Hakimin Mokhtar.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya bagi N18 Ayer Molek, Rizalman Syed sebentar tadi.
"Turutan nama di atas kertas undi ialah yang pertama melalui Mohd Ridhwan dari BN dan kedua, Muhammad Hakimin dari PH," katanya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FumnoAbRaufnominationformelakaelection20261031_405036.png&w=480&output=webp&q=85&we)
