MASJID TANAH: Pembahagian empat kerusi kepada MCA untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah bukti kesepakatan dan kebersamaan parti itu bersama Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu sekali gus menepis tanggapan MCA akan memboikot PRN Melaka atau merajuk isu susulan pembahagian kerusi.

Beliau berkata, MCA sebaliknya kekal bersama BN dan diberikan peluang untuk menawarkan calon di empat kerusi.

"Ini adalah adalah satu manifestasi kebersamaan. Ramai yang menjangkakan kononnya MCA mahu memboikot pilihan raya ini atau sekurang-kurangnya mereka merajuk tetapi tidak berlaku begitu.