Key takeaways
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yakin gabungan itu akan membentuk semula kerajaan Melaka selepas PRN 14 November berdasarkan sokongan rakyat dan prestasi pentadbiran negeri. Beliau menegaskan kesatuan UMNO, MCA, dan MIC dalam bertanding di semua kerusi DUN Melaka.
- BN bertanding di kesemua 28 kerusi DUN Melaka dengan UMNO memegang 18 kerusi, MCA empat, dan MIC satu.
- Ahmad Zahid menafikan dakwaan MCA memboikot PRN Melaka, sebaliknya parti itu diberikan empat kerusi untuk bertanding.
- Ab. Rauf Yusoh mempertahankan kerusi DUN Tanjung Bidara dengan berdepan calon PH, Yunazri Mustamiri, secara satu lawan satu.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
ALOR GAJAH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin ‘gelombang biru’ akan terus melingkungi seluruh Melaka sekali gus membolehkan gabungan itu membentuk semula kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.
Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan rakyat serta prestasi kerajaan negeri pimpinan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr. Ab. Rauf Yusoh sepanjang menerajui negeri berkenaan.
Menurut beliau, BN turut menampilkan kesepakatan kukuh apabila UMNO, MCA dan MIC bersama-sama mengambil bahagian dalam pertandingan membabitkan kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka termasuk kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN).