ALOR GAJAH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

BN mempertaruhkan calon muka baharu UMNO, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, manakala BERSATU diwakili Nazri Ramli.

Pengumuman calon layak bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lendu, Mohd Shafie Taib di Kompleks Rakan Muda Daerah Alor Gajah selepas tamat proses penamaan calon pada jam 10 pagi.

Abdul Hakim ketika ditemui selepas proses penamaan calon berkata, beliau mahu menumpukan perhatian kepada usaha menjaga kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah masyarakat.