Mexico City: Charles Leclerc memulakan aksi Grand Prix (GP) Mexico dengan cemerlang apabila mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas pertama (FP1), mengatasi pendahulu kejuaraan dunia, Kimi Antonelli daripada Mercedes.

Pemandu Ferrari dari Monaco itu merekodkan masa satu minit 18.128 saat (s) untuk mengungguli sesi berkenaan dengan kelebihan 0.659s mengatasi Antonelli.

Sesi yang menyaksikan 10 pemandu simpanan 'rookie' diberikan peluang beraksi itu turut dihentikan seketika susulan pengaktifan Virtual Safety Car (VSC).

Antonelli yang terpaksa berehat daripada aktiviti di litar pada Khamis lalu akibat jangkitan virus, berpeluang muncul juara dunia termuda Formula Satu (F1), esok.