KEPUTUSAN Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentangkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama menunjukkan persefahaman dua gabungan parti itu kini sudah memasuki fasa baharu.
Langkah persefahaman diambil dua gabungan politik ini dilihat berbeza berbanding ketika PRN Johor dan Negeri Sembilan lalu. Ketika itu, ia hanya bertumpu kepada persefahaman untuk masing-masing mengelak bertembung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama.
Namun, perkembangan terkini memberi isyarat lebih meluas, dimana hala tuju persefahaman yang diwujudkan dan sudah dimeterai dalam bentuk dokumen, komitmen bahawa kedua-dua gabungan sudah mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan negeri bersama jika menang PRN Melaka kelak.








