Kuala Lumpur: Isu kebajikan pesara polis akan diberi perhatian melalui kerjasama lebih erat antara Bukit Aman dengan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata beliau sudah menjemput kepemimpinan PBPM untuk mengadakan pertemuan di pejabatnya dalam masa terdekat bagi membincangkan isu kebajikan pesara polis.
Katanya, pertemuan berkenaan bertujuan membincangkan permasalahan yang dihadapi pesara polis serta mengenal pasti bentuk bantuan dan tindakan yang boleh dilaksanakan.
"Saya sudah menjemput Presiden Persatuan dan ahli jawatankuasa eksekutif untuk datang ke pejabat bagi menggariskan beberapa perkara yang mungkin memerlukan tindakan.






