MANCHESTER – Manchester City sedar bakal berdepan tugasan yang lebih rumit menjelang pertemuan menentang Brighton di Etihad pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam ini.

Walaupun berjaya menyingkirkan lawan sama pada pentas Piala Liga Inggeris (EFL), Pengurus The Citizens, Enzo Maresca sedar Brighton adalah pasukan yang berkualiti dan mampu memberikan ancaman besar pada perhitungan kali ini.

Maresca mengakui City tidak mempunyai banyak pilihan dan menuntut komitmen semua pemain bagi mengelak berdepan aib kerana sedar Brighton bakal hadir untuk melunaskan dendam.

“Brighton sedang berada pada detik terbaik, mereka memenangi perlawanan dan mampu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Mereka boleh menjaringkan tiga, empat atau lima dalam satu-satu perlawanan.