PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memukul kepala seorang peniaga wanita mendapat kecaman ramai.

Melalui sebuah rakaman televisyen litar tertutup yang dikongsi di Facebook Kelab Info Malaysia, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah gerai di Sungai Pelek, Sepang ketika peniaga itu didatangi lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut dilihat bertanya sesuatu mengenai air kelapa kepada peniaga itu sebelum tiba-tiba meninggikan suara dan memanggil wanita itu menghampirinya.

Sebaik sahaja mendekati lelaki itu, wanita tersebut tiba-tiba dipukul menggunakan kasut sebanyak dua kali di bahagian kepal