MELAKA - Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu yakin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil akan memilih semula penyandang kerusi itu, Adly Zahari, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan rakyat terhadap Adly yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi berkenaan."Setakat 9.32 pagi ini, semuanya berjalan lancar. Memang penyokong Barisan Nasional (BN) begitu ramai, manakala Pas pula bertanding di dua kerusi di Melaka, jadi ramai juga yang kelihatan di sini."Dari segi sambutan rakyat, kami berkeyakinan Adly akan dipilih semula oleh penduduk di sini. Itu harapan kami," katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil di Dewan Tun Ali di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputTerdahulu, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hadir mengiringi Adly merangkap Pengerusi PH Melaka tiba di pusat penamaan calon berkenaan kira-kira 8.40 pagi.Turut hadir Ketua Wanita Amanah Datuk Aiman Athirah Sabu yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Mengulas mengenai strategi kempen PH, Mohamad berkata gabungan itu akan memberi tumpuan kepada kawasan yang ditandinginya.Beliau turut mengakui kedudukan PH dan BN yang sama-sama berada dalam Kerajaan Persekutuan mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi ketika menilai pencapaian kerajaan."Rakyat agak sedikit keliru sebab BN pun dalam kerajaan, PH pun dalam kerajaan. Jadi, kalau apa kejayaan yang disebut oleh BN adalah kejayaan kerajaan, kami pun menyebutnya sebagai kejayaan kerajaan. Terserahlah kepada pengundi untuk menimbang."Kita akan usahakan untuk terangkan tetapi saya sebut tadi, kekeliruan itu akan tetap ada pada orang ramai," katanya.Pada PRN Melaka ke-15, Adly memperoleh majoriti 1,057 undi selepas menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hasnoor Sdg Husin daripada BN, Muhammad Al Afiz Yahya (Perikatan Nasional) dan Abdul Hamid (Bebas).Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 November- Bernama.
PRN Melaka: Mohamad Sabu yakin pengundi Bukit Katil pilih semula Adly

Key takeaways
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yakin penyandang DUN Bukit Katil, Adly Zahari, akan dipilih semula pada PRN Melaka berdasarkan sambutan rakyat yang baik terhadap calon Pakatan Harapan tersebut.
- Mohamad Sabu menyatakan keyakinan ini selepas melihat sambutan rakyat terhadap Adly Zahari.
- Adly Zahari merupakan calon Pakatan Harapan bagi kerusi DUN Bukit Katil.
- Proses penamaan calon di Dewan Tun Ali dilaporkan berjalan lancar pada Sabtu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pengundi baharu cabaran BN hadapi PRN Melaka
- Utusan Malaysia PRN Melaka: PH yakin mampu ubah pilihan pengundi
- Utusan Malaysia Pengundi keliru BN, PH dalam kerajaan sama – Mohamad Sabu
- Sinar Harian PRN Melaka: Mohamad Sabu yakin pengundi Bukit Katil pilih semula Adly (this story)








