ARAU - Remaja lelaki berusia 14 tahun yang ditahan selepas mengaku membaling batu sehingga menyebabkan cermin tingkap sebuah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pecah dijangka dibebaskan dengan jaminan polis petang ini.Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek akan diberikan jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan."Kes baling batu, suspek akan diberi jaminan polis, dijangka dilepaskan selewat-lewatnya pada petang ini."Namun, siasatan tetap diteruskan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya pada Sabtu.Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar sekolah menengah di sini ditahan menerusi Op Cantas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Arau bersama Task Force Balai Polis Arau pada Sabtu.Suspek mengaku sengaja membaling seketul batu ke arah tren berkenaan ketika berada di kawasan jejantas motosikal Kampung Jelempok di sini.Hasil siasatan awal mendapati, suspek melakukan perbuatan itu ketika bersama empat rakannya yang sedang melepak di kawasan berkenaan.Bagaimanapun, hanya suspek bertindak membaling batu, manakala empat lagi rakannya tidak terlibat dan sekadar menyaksikan kejadian.Suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Guar Sanji di sini, sebelum polis merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo Y05 bersama kad SIM serta seketul batu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Suspek yang tidak mempunyai rekod lampau sebelum ini ditahan di lokap Balai Polis Kangar bagi membantu siasatan.
Remaja baling batu pecahkan cermin tren KTMB dibebaskan petang ini

Key takeaways
Remaja lelaki 14 tahun yang ditahan kerana membaling batu ke tren KTMB dijangka dibebaskan petang ini dengan jaminan polis.
- Suspek akan diberi jaminan polis dan dijangka dilepaskan petang ini.
- Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
- Empat rakan suspek hanya menyaksikan kejadian dan tidak terlibat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Remaja baling batu pecahkan cermin tren KTMB dibebaskan petang ini (this story)








