KUALA LUMPUR: Kemenangan gabungan parti politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka ditentukan kelompok pengundi atas pagar, bukannya penyokong tegar mana-mana parti.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata penyokong tegar setiap gabungan utama dianggarkan hanya merangkumi pecahan kecil daripada keseluruhan pola pengundi.

Beliau berkata, mengikut anggaran semasa, penyokong tegar Barisan Nasional (BN) berada sekitar 20 hingga 21 peratus, Pakatan Harapan (PH) sekitar 18 hingga 19 peratus, manakala Perikatan Nasional (PN) sekitar 17 hingga 18 peratus.

Katanya, BERSAMA pula mencatatkan anggaran sokongan sekitar 10 peratus.