BANGKOK: Thailand bersiap sedia memindahkan rakyatnya dari Asia Barat sekiranya ketegangan di rantau itu semakin memuncak.

Ini susulan laporan kemungkinan Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi operasi ketenteraan terhadap Iran dalam masa terdekat.

Lebih 67,000 rakyat Thailand kini bekerja di seluruh Asia Barat, dengan jumlah terbesar berada di Israel, khususnya dalam sektor pertanian, diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Bahrain.

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow, berkata persiapan sedang dilakukan bagi memastikan keselamatan rakyat Thailand di rantau berkenaan terjamin sekiranya pemindahan diperlukan.