Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim berkata seperti dimaklumkan sebelum ini, sidang DUN dijadualkan pada 26 Nov ini, diikuti pembentangan belanjawan negeri keesokannya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim sedang berusaha mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.

Beliau berkata, seperti dimaklumkan sebelum ini, sidang DUN dijadualkan berlangsung 26 Nov ini, diikuti pembentangan belanjawan negeri keesokannya.

"Sepertimana yang saya sebut sebelum ini, itulah...27 Nov lebih kurang. Tengok macam mana," katanya menurut Sinar Harian selepas merasmikan Perpatih Fest di Seremban.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar dilaporkan berkata, semua Adun pembangkang belum menerima makluman rasmi berhubung tarikh DUN akan bersidang.