Abdullah Aidid Mochtar @ Ahmad Duta (kiri) dan Ashadi Zul'izzi Zainal Abidin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.KUALA LUMPUR: Dua pengguna media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat hantaran jelik melampau terhadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Abdullah Aidid Mochtar @ Ahmad Duta, 44, dan Ashadi Zul'izzi Zainal Abidin, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ilmami Ahmad.

Abdullah didakwa melakukan kesalahan itu menerusi akaun TikToknya "rookiebenz_albenzauto" pada 11.27 malam 1 Ogos lalu.

Ashadi pula didakwa melakukan kesalahan sama melalui akaun Threadsnya "razakahmad725" pada 2.39 petang 4 Ogos lalu.