Kuala Lumpur: Pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) Datuk Seri Rafizi Ramli memberi keterangan kira-kira dua jam di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Ia selepas bekas Timbalan Presiden PKR itu disiasat polis berhubung dua laporan berasingan, termasuk dakwaan rasuah berjumlah RM9.5 juta yang dikaitkan dengan isu 'mafia korporat'.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan bahawa beliau turut disoal siasat mengenai satu laporan polis terdahulu yang dibuat pada bulan Mac lalu, yang menyentuh dakwaan berkaitan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Bercakap kepada media selepas kenyataannya direkodkan, Rafizi menyatakan bahawa kedua-dua siasatan berkenaan membabitkan dakwaan serta peruntukan undang-undang yang berbeza.