KUALA LUMPUR: Pemimpin BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli selesai dirakam percakapan selepas kira-kira dua jam memberi keterangan keterangan di Bukit Aman, hari ini.

Ia selepas bekas Timbalan Presiden PKR itu disiasat polis berhubung dua laporan berasingan, termasuk dakwaan rasuah berjumlah RM9.5 juta yang dikaitkan dengan isu 'mafia korporat'.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan beliau turut disoal siasat mengenai satu laporan polis terdahulu yang dibuat pada Mac lalu, yang menyentuh dakwaan berkaitan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Bercakap kepada pemberita selepas kenyataannya direkodkan, Rafizi menyatakan kedua-dua siasatan membabitkan dakwaan serta peruntukan undang-undang yang berbeza.