KUALA LUMPUR: Belajar teknologi sejak kecil bukan lagi satu pilihan, sebaliknya keperluan untuk membantu anak-anak bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Menyedari pentingnya persediaan seawal usia sekolah, inisiatif UOB My Digital Space (MDS) melabuhkan tirainya menerusi kemuncak Cabaran Inovasi Digital yang mengumpulkan pelbagai idea kreatif pelajar dari seluruh negara.
Program mercu tanda anjuran UOB Malaysia ini diadakan khas untuk melengkapkan anak muda dengan kemahiran digital, kecerdasan buatan (AI) dan daya inovasi yang diperlukan hari ini.
Sepanjang pelaksanaannya tahun ini, inisiatif berkenaan berjaya mendekati lebih 13,000 pelajar berusia antara 10 hingga 16 tahun melalui gabungan pembelajaran dalam talian dan bengkel interaktif bersemuka.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F10%2F94c4627948c6b7f4a35a4a32d86fbf53.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

